SEMARAK GEMILANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERAK TELUK INTAN
Selamat datang ke laman utama SMK SERI PERAK TELUK INTAN
Berita Terbaru
Keputusan SPM telah dikeluarkan oleh kementerian pendidikan Malaysia pada 12 march 2007
Teluk Intan

Terletak di tengah-tengah Bandar Teluk Intan. Menara jam ini dibina oleh seorang kontraktor bernama Leong Choon Chong pada Tahun 1885. Tujuan asalnya adalah untuk menyimpan air bagi penggunaan penduduk Teluk Intan sebelum bekalan air dari Changkat Jong disalurkan pada Tahun 1919. Menara waktu ini berdiri di tepi terusan yang telah disiap lebih awal sedikit. Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Menjelang Perang Dunia Kedua, pihak pentadbiran bertujuan merobohkan menara ini kerana bimbang ia akan menjadi petanda kepada serangan kapal terbang Jepun. Tetapi ia mendapat tentangan dari penduduk tempatan, cadangan itu terpaksa dibatalkan dan kekal hingga ke hari ini dibawah pemeliharaan pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Keunikan rekabentuk dan pembinaannya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk melihat sendiri secara lebih dekat.
Info Pembina Laman Web
Muhammad Syahrin seorang bekas pelajar smk seri perak 2000-2007 kini telah melanjutkan pelajaran di kolej Antarabangsa Mutiara Ipoh dalam bidang computing engineering.


